28 Nov, Isnin: D'Prigi. Hari ini cuti sebab semalam Maal Hijrah. Pagi tak kemana. Pagi terpaksa la juga membongkang . Boring..boring. Keluar untuk beli sarapan. Masa nak keluar pun kena taruk oleh Mag. Bosan. Nak makan rti canai wak mus..alamakkk bangla ni buat hal la pulak..terus hilang...roti tadak..minum tea jerrr. Beli nasi lemak di Maleen Dagang. Tukar duit kecil beli surat khabar. Petang keluar dengan Mag ke Low Yat. Dalam perjalanan Mag taruk cukkup cukup sebab aku salah ambil lorong. Ada ker patut. Bosan. Mag beli komputer baru. Tak habis-habis. Di low yat sampai malam. Makan di tingkat lg. Ada filipin kerja di Hainan. makan roti perang. Sedap gak. Lepas makan terus balik. Malam sebok la buat kerja untuk alihkan sofa. Macam-macam hal. Aku tirdur lewat harini.
27 Nov, Ahad:D'Prigi. Membongkang. Keluar ke Subang 2 makan roti canai dan beli nasi lemak. Petang keluar dengan Kak Long ke Sungai Buloh . Kak Long nak beli kereta ford fiesta. Kemudian pergi kedai buku rakyat. Pukul 8 lebih tengok Malaysia lawan Bahrain. Permainan Malaysia ok. Leading 2-0. Tapi ahirnya kalah juga 3-2 kerana ramai yang cedera. Malam Mita datang buat kerja. Tidur awal dengan Tihani. Masa tidur Mag naik atas dan marah-marah sebab aku kunci bilik. Sakit jiwa la dia ni.
26 Nov, Sabtu;D'Prigi. Keluar pagi dan terus ke Sec 19. Sampai sana tengok dua-dua court ada orang. Main double berpasangan dengan hasil lawan orang tua. Kalah juga. Kemudian main single lawan hasil muda. Ok lah juga main hari ini tapi kalah juga 3-6. Main dengan Hj Sani tak habis sebab tak tahan panas. Balik terus beli sarapan. Petang keluar dengan Mag, Mayyar dan juga Tihani ke Loyat. Balik ambil Kak Long di KL Central. Masa ikut jalan little india Mag tiba-tiba naik hangin....macam biasa laaaa. Bosan.
25 Nov, Jumaat:D'Prigi. Hantar Klong ke LRT KLJ. Sepanjang pagi di pejabat. Keluar ke Kajang naik proton. Lawat kerja-kerja civil di belakang hospital dengan Zulkamal. Balik ofis. Sembahyang jumaat pergi sorang. Park di belakang. Lama dah tak park kat sini. Hantar reket. Makan di anjung. Makan rojak je. balik ofis. Petang duduk ofis. Balik awal. Asar di Masjid Ten. Hujan, tak jadi walling. Ke khatijah maju. kak Long sms kata tidur rumah kawan. Maghrib di Masjid Caltex.
No comments:
Post a Comment